Wednesday, October 10, 2012




Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin menyumbangkan derma bagi pembinaan Surau Al-Ehsan, anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun Bank Simpanan Nasional. Sumbangan adalah di atas nama Jawatankuasa Surau Al-Ehsan dan nombor akaun adalah seperti yang tertera di bawah. Untuk pengesahan anda boleh merujuk kepada pihak bank pemilik nombor akaun tersebut. Mudah-mudahan anda semua dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t. dan dimurahkan rezeki. Nombor rujukan permit untuk mengutip derma ialah MAIPK/05-PD/294-S.
 
 
Akaun Bank Simpanan Nasional : 0822341000028219
Nama Akaun: Jawatankuasa Surau Al-Ehsan
Bank Simpanan Nasional

 

Saturday, March 17, 2012

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua pengunjung budiman,



Alhamdulillah kesyukuran kami panjatkan kepada ALLAH SWT kerana memudahkan urusan kami dalam memulakan perlaksanaan pembinaan surau yang telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Perak dan berusaha untuk merealisasikan hasrat penduduk Anjung Bemban Maju dan para Jamaah Surau.

Kami bagi pihak AJK Pembinaan Surau Al-Ehsan, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma, wakaf, zakat serta apajua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan pembinaan surau Al-Ehsan。

Untuk para AJK – teruskan usaha murni anda semua. Tanpa anda semua kenyataan ini tidak akan dapat dizahirkan di atas tapak sana…

Sekian terima kasih

Monday, February 27, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1433H


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H

                                          Aturcara Majlis
                                          7.40pm : Solat Maghrib Berjemaah
                                          8.10pm : Jamuan Makan
                                          8.45pm : Solat Isyak Berjemaah
                                          9.10pm : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
                                          9.15pm : Berselawat
                                          9.20pm : Ceramah Disampaikan oleh A.F. Ustaz Ibrahim Istar

                             Di jemput muslimin muslimat, tuan2 puan2, berramai-ramai mai ceramah Sempena Maulidur Rasul....

Saturday, January 21, 2012

KRONOLOGI

22 Januari 2012 – Mesyuarat Kali ke 5 Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan bagi membincangkan Dana Pembinaan Bangunan Surau Baru
10 November 2011 – Menerima surat Kelulusan membina bangunan surau
22 Jun 2011 – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
17 Jun 2011 – Menghantar surat kepada Pengurusan Masjid Sultan Idris Shah II,Ipoh bagi memanjangkan permohonan memdiri  bangunan baru surau.
18 Januari 2011 – Surat dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Batu Gajah memohon kebenaran membina sebuah surau di Taman Anjung Bemban Maju di panjangkan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh.
26 Disember 2010 – Mesyuarat  Kali ke 4 Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan
Agenda : Pembentangan Perkembangan Surat Sokongan
  Keputusan – Lampiran B

12 Disember 2010 – Mesyuarat  Kali ke 3 Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan
Agenda : Pembahagian Peranan Mendapatkan Surat Sokongan
               i) Surat Jabatan Agama Islam Batu Gajah
ii) Sokongan Menteri Besar
iii) Sokongan Adun Sg. Rapat
iv) Sokongan Pengerusi Masjid Imaniah Batu Gajah
v) Sokongan Pengerusi JKKK Kg. Bemban Batu Gajah
vi) Sokongan Pemaju Taman

21 November 2010 – Mesyuarat Kali ke 2 Jawatankuasa Pembinaan Surau Anjung Bemban Maju
Agenda : Pembentangan Kertas Kerja Pembinaan – Lampiran A
Pemilihan Nama Surau Baru- Keputusan Mesyuarat Sebulat Suara memberi nama    Surau Al-Ehsan

29 Oktober 2010 – Mesyuarat Mukadimah Jawatankuasa Pembinaan Surau Anjung Bemban Maju
Agenda : Membentangkan carta perlantikan Jawatankuasa Pembinaan
         Skop Penugasan Perlaksanaan Pembinaan Surau